Tuesday, August 21, 2012

Saturday, August 11, 2012

Love song

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I'll always love you, I'll always love you
'Cause I love you

Thursday, August 9, 2012

sepuluh malam terakhir

Salam... Sudah masuk pon kita 10.malam terakhir.. Sungguh cepat Ramadhan kali ini...
Saya ada search pasal solat terawih sendiri.. Sy jmpa info yg menarik..

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya.
Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat. Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).
Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalamhadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.


Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.
Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.

Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.




NOTA:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)