Siapa yang cantik? Awak
cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin
kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton
adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha
yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat
memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai
'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang
sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik
adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi
definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan
mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun
mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai
definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga
didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the
thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang
dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania,
wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar
menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan?
Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang
sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk
akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand
menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi,
mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi
semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah
mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum
Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi
panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda
sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi
cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita
menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun,
malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan
hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup
berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran
kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya
juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan
kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa
wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi
cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup
dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka
kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar
hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan
kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa
yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan
sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri
terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup
berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan,
tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang
ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata
Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada
manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya
juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka
seluruh badan perlu pink termasuklah
sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik,
kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak
dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau
cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik
akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah
seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang
menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk
sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah
cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga
perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar
larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri
sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan
manusia.
Bersyukurlah dan berpuas
hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya
keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh
solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang
solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh
solehah.
Bulat2 saya menyalin dari artikel I luv
islam ini. Kerana isi yang ditulis betol2 menyedari saya.
Allahuakbar
Saya mengaku. Aah. Cantik untuk
pandangan manusia.. kadang2 alpa untuk cantik di pandangan Allah. Sedih n malu
sgt. Kita sedar kita salah..
Video Wardina lagi la menyedari sy.
Jangan lagi kita abaikan.
Jangan Abaikan yang Satu.
Mari kita melakukan proses kecantikan
sama2 seperti dlm video wardina.. Perempuan mmg akn melalui byk proses.. Kita wanita
juga senang terpengaruh. Lelaki pon sama Cuma aspek mereka berbeza dgn kita..
perempuan oh perempuan..
Videos
No comments:
Post a Comment